Monday, July 20, 2020

Dua Orang Wanita Dikesan Conteng Perkataan Kesat Pada Lukisan Mural


Mana nak lari? Tapi siapa sangka pelaku yang menconteng lukisan mural gergasi wajah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Ketua Pengarah Kesihatan itu adalah wanita.

Ya, dua orang wanita berjaya dirakam CCTV yang berada di kawasan berkenaan dengan menulis beberapa perkataan kesat.

Akibat perbuatan tidak bermoral mereka, pihak berkuasa terpaksa mengecat semula dinding berkenaan kepada warna putih. Video berdurasi 2:20 minit ini dikongsikan seorang pengguna Twitter.


Rata-rata komen netizen juga terkejut apabila mengetahui pelaku terbabit adalah wanita dan mengharapkan agar pihak berkuasa dapat mengesan siapakah mereka.

Insiden tersebut masih dalam siasatan dan pihak polis sedang giat memburu pelaku yang tidak bertanggung jawab itu.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang geram dengan kejadian ini di Facebook Oh! Media.






Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment