Thursday, July 30, 2020

E-Penjana, Sudah Boleh Claim Bermula Hari Ini!


Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia mengumumkan sebanyak RM50 akan dikreditkan kedalam e-wallet yang berdaftar bermula hari ini sehingga 24 September nanti, di mana membabitkan peruntukan berjumlah RM750 juta dibawah program e-Penjana dengan tujuan untuk merancakkan perbelanjaan pengguna.

Antara e-wallet yang tersedia untuk program ini adalah Touch n Go, Boost atau GrabPay. Sebagai syarat tambahan untuk memohon, korang perlu turut memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera. Tempoh sah untuk menggunakan kredit berkenaan adalah sehingga 30 September.

Sumber gambar dari BuzzKini
Sumber dari Harian Metro, sepanjang tempoh kempen, pemohon yang layak juga akan menerima padanan insentif tambahan bernilai RM50 dalam bentuk rebat tunai, baucar atau mata ganjaran.

OHMEDIA: BILA DAH DAPAT NANTI, GUNAKANLAH SEBAIKNYA WALAUPUN TAK BANYAK. SEKURANG-KURANGNYA DAPAT MERANCAKKAN KEMBALI EKONOMI NEGARA KITA.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca e-Penjana sudah boleh claim di Facebook Oh! Media
Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment