Wednesday, July 15, 2020

foodpanda Beri Banyak Faedah Kepada Rider Bagi Memastikan Keselamatan Mereka Terpelihara


Mesti ramai antara korang yang menggangap bila jadi rider foodpanda ni sangat bahaya dan berisiko, betul tak? Kalau korang nak tahu, foodpanda ni sangatlah mementingkan rider-rider mereka, siap menyediakan banyak faedah yang diperuntukkan khas lagi tau. Nampak tak betapa pentingnya rider pada syarikat foodpanda ni?

Tak perlu risau dengan adanya perlindungan insurans


Rider-rider aktif foodpanda akan diberikan perlindungan insurans 24 jam hasil kerjasama dengan PolicyStreet yang merangkumi kecederaan, kemalangan, kecatatan kekal dan kematian sebanyak RM20,000.

Bukan tu jer, kalau ada rider yang disahkan positif COVID-19 akan menerima RM1,000 dan sekiranya didapati meninggal dunia disebabkan wabak tersebut, saudara terdekat kepada rider akan menerima RM5,000.

Perkeso untuk jaminan sosial kepada pekerja

foodpanda juga telah menyumbangkan sebanyak RM200,000 kepada PERKESO untuk Skim Jaminan Sosial Pekerjaan Sendiri (SESSS) kepada lebih 2,500 rider mereka.

Promosi untuk servis motorsikal


Bila dah hari-hari hantar makanan mesti motorsikal rider-rider foodpanda ni perlu diservis kan? Untuk info, rider foodpanda akan menerima promosi khas apabila setiap kali ingin melakukan servis di kedai automotif Liqui Moly, RAPIDO, Shell, Caltex dan banyak lagi.

Tingkatkan lagi kemahiran dengan Panda Academy


Panda Academy menawarkan kelas bahasa, pengekodan dan data sains kepada semua rider untuk menambah ilmu dan kemahiran baru tentang foodpanda dengan lebih mendalam.

Ohmedia rasa foodpanda ni sangatlah bagus dan memang mengutamakan rider mereka. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang faedah yang diberikan foodpanda ni, boleh pergi ke https://www.pandariders.my/tawaran ya guys.


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment