Monday, July 20, 2020

Harga Vivo X50 Terbongkar, Bermula Dari RM2,399 Dengan Cipset Snapdragon 765 5G


Sebelum ni Ohmedia ada kongsi yang Vivo akan bawa masuk model terbaru mereka dibawah siri X50 tak lama lagi dan masih belum tahu lagi variasi mana yang akan masuk ke pasaran Malaysia kan? Baru-baru ni, Vivo Malaysia telah mengesahkan yang hanya dua variasi jer dari siri X50 yang akan dibawa masuk iaitu Vivo X50 dan Vivo X50 Pro.

BACA : Vivo Bakal Bawa Masuk Siri X50, Tawarkan Ciri Gimbal Untuk Rakaman Yang Lebih Baik


Menerusi posting dari Facebook DirectD, korang dah boleh membuat pra-tempahan untuk variasi X50 ni yang dijual pada harga RM2,399 dan bagi yang variasi X50 Pro akan dijual pada harga RM3,199.

Bukan tu jer, sekiranya korang membuat pra-tempahan kedua-dua smartphone terbaru dari Vivo tu juga berpeluang untuk dapatkan 10 hadiah percuma yang bernilai RM799 secara percuma guys. Sesiapa yang berminat dengan Vivo X50 ni cepat-cepat lah buat pra-tempahan sekarang untuk dapatkan hadiah menarik tu guys.

Kredit: TechNave

+ Baca respon pembaca smartphone terbaru Vivo di Facebook Oh! Media.


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment