Monday, July 20, 2020

Hukum Makan & Minum Di Dalam Masjid

SOALAN


Ohmedia faham mungkin ada di antara kita yang gemar makan di dalam masjid. Walaubagaimanapun ada juga yang berpendapat bahawa tidak boleh makan di dalam masjid. Jadi, apakah hukumnya?

JAWAPAN 


Hukum makan minum di dalam masjid adalah harus selama menjaga kebersihan dan kesuciannya dan tetapi jangan dijadikan kebiasaan untuk makan minum dalam masjid tetapi hanya apabila perlu sahaja.

Ada pun jika sampai mengotorkan masjid maka hukumnya adalah haram sekali pun dengan sisa makanan yang tidak najis.

Tersebut pada kitab Al-Fiqh ala Mazahib Al-Arba’ah :


الشَّافِعِيَّةُ قَالُوا: الأَكْلُ فِي الْمَسْجِدِ مُبَاحٌ مَا لَمْ يَتَرَتَّبْ عَلَيْهِ تَقذِيْرُ الْمَسْجِدِ كَأَكْلِ العَسَلِ وَالسَّمَنِ، وَكُلِّ مَا لَهُ دُسُوْمَةٌ وَإِلَّا حُرِمَ، لِأَنَّ التَّقْذِيْرَ الْمَسْجِدَ بِشَيْئٍ مِنْ ذَلِكَ وَنَحْوِهِ حَرَامٌ وَإِنْ كَانَ طَاهِرًا


Artinya : “Ulamak-ulamak mazhab Syafie berkata mereka itu bermula makan di dalam masjid itu diharuskan selama tidaklah sampai mengotorkan masjid seperti memakan madu dan makanan berminyak dan yang mempunyai lemak. Dan jika tidak memelihara dari mengotorinya maka hukumnya adalah haram. Ini adalah dari kerana sungguhnya mengotori masjid sekalipun dengan benda yang suci maka hukumnya adalah haram.”

KESIMPULAN


Makan dan minum dalam masjid hukumnya adalah harus tetapi hendaklah dipelihara jangan sampai mengotorkan masjid.

Jika jatuh sisa makanan atau air minuman maka hendaklah dibersihkan dengan segera.

Wallahua’lam

OHMEDIA : TIDAK SALAH UNTUK MAKAN DALAM MASJID ASALKAN KORANG JAGA KEBERSIHAN

Kredit: Ustaz Azhar Idrus

+ Baca respon pembaca hukum ketika makan dan minum di dalam masjid di Facebook Oh! Media



Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment