Sunday, July 19, 2020

Kerajaan Akan Kreditkan RM50 Kedalam e-Wallet Hujung Bulan Ini


Untuk menggalakkan semua rakyat Malaysia biasakan diri untuk menggunakan pembayaran tanpa sentuh ketika membeli barang keperluan dan sebagainya, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun mengumumkan yang kerajaan akan melaksanakan inisiatif dengan program e-PENJANA yang memanfaatkan lebih 15 juta rakyat Malaysia.

Usaha kerajaan ini dikatakan bernilai sehingga RM750 juta guys dan apa yang Ohmedia dapati, kerajaan akan kreditkan ke dalam e-wallet pengguna sebanyak RM50 tu pada akhir bulan Julai ni dan perkara tu diumumkan sendiri oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz melalui sidang media baru-baru ni.

Diharapkan dengan usaha kerajaan ni, korang dapat biasakan diri untuk menggunakan pembayaran tanpa sentuh melalui e-wallet lepas ni. Bukan tu jer, kita juga dapat mengurangkan risiko dalam keadaan wabak yang tengah melanda dunia sekarang ni.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca kerajaan akan kreditkan RM50 ke dalam e-wallet di Facebook Oh! Media.
Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment