Friday, July 31, 2020

Langgar Nilai Dan Prinsip Keluarga, Influencer Mesir Ini Dihukum Penjara!


Sebuah mahkamah di Mesir telah bertindak menjatuhkan hukuman dua tahun penjara keatas beberapa remaja wanita kerana membuat hantaran tidak senonoh pada video TikTok mereka selain dituduh melanggar nilai-nilai dan prinsip-prinsip keluarga Mesir.

Tindakan mereka berkenaan menyebabkan masing-masing mereka didenda 300,000 pound Mesir (hampir $ 19,000). Menurut pendakwa raya, tindakan mereka dilihat cuba menggalakan perlakuan tidak senonoh dan tidak bermoral serta secara tidak langsung mempromosikan aktiviti perdagangan manusia.



Meskipun Mesir jauh lebih liberal dari negara-negara di Teluk Arab, negara yang majoritinya Muslim ini telah beralih ke arah konservatif selama setengah abad terakhir ini. Ini menyebabkan golongan penari, diva pop, dan influencer media sosial dikritik hebat kerana melanggar norma.

OHMEDIA: KITA PATUT PERTIMBANG UNTUK IKUT JEJAK LANGKAH MEREKA. KESIAN TENGOK BUDAK-BUDAK YANG MAJORITINYA BERAGAMA ISLAM POST VIDEO-VIDEO GELEK DEKAT TIKTOK. MAK AYAH YANG KESIAN, KENA TANGGUNG DOSA MEREKA.

Kredit: The Time

+ Baca respon pembaca influencer dihukum penjara di Facebook Oh! Media
Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment