Wednesday, July 15, 2020

Lelaki Viral Bunuh Tiga Kucing Diarah Ke Hospital Bahagia Selepas Tunjukkan Sikap Tidak Stabil


Baru-baru ini viral di media sosial satu rakaman CCTV di sebuah dobi yang menunjukkan seorang lelaki telah memasukkan tiga ekor kucing dan melemaskan binatang terbabit sehingga mati. Ini adalah kejadian kali kedua berlaku dan berjaya ditangkap.

Bagaimanapun, ada banyak cerita yang kita dengar mengenaik suspek yang telahpun ditangkap oleh pihak polis.

Hari ini, suspek Muhammad Najwan Zulkefli berusia 24 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Selayang di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said. Suspek didakwa mengikut Subseksyen 29 (1) (e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang RM20,000 atau tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Sebelum ini ada dakwaan mengatakan suspek kurang siuman. Disebabkan itu Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor, N Nageswara telah memohonon tertuduh untuk melakukan pemeriksaan di Hospital Bahagia Ulu Kanta, Perak bagi pemerhatian dan penelitian kerana sikapnya yang tidak stabil.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan kes pada 13 Ogos selepas selesai rawatan suspek selama sebulan di hospital.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan kes ini di Facebook Oh! Media.




Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment