Wednesday, July 22, 2020

Mahkamah Tinggi Arah Najib Bayar Cukai Sebanyak RM1.69 Bilion Selepas Dituntut LHDN


Mari kita lihat perkembangan terbaru kes yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang hari ini telah diminta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membayar semua tunggakan cukai pendapatan yang dikira berjumlah sehingga RM1.69 bilion.

Bayaran ini perlu diselesaikan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di mana sebelum ini telah meminta kebenaran Hakim Datuk Ahmad Bache untuk melakukan saman terhadap Najib.

Jika kita lihat senario kes Najib bersama LHDN ini bermula pada 27 Jun 2019 tahun lalu di mana pihak LHDN telah mengeluarkan saman ke atas najib dan menuntut RM1.69 bilion termasuk kadar faedah lima peratus setahun dari tarikh penghakiman, kos dan lain-lain.

Kemudian pada 8 Ogos 2019 Najib memohon untuk mengangguhkan prosiding dan memohon untuk ditangguh sekali lagi pada 28 Februari 2020, tetapi permohonan itu ditolak pihak Mahkamah.

Mahu atau tidak nampaknya bekas Perdana Menteri ini tidak boleh lari dari bayaran cukui.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang ikuti kes Najib di Facebook Oh! Media.




Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment