Sunday, July 26, 2020

Menteri Hal Ehwal Agama Beri Peluang Penyanyi Nasyid Jadi Bilal Rawatib


Sebelum ini Menteri Hal Ehwal Agama, Senator Datul Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ada mencadangkan usul untuk memberi peluang kepada penyanyi nasyid yang terkesan akibat pandemik menjadi Bilal Rawatib di masjid dan surau sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Cadangan itu akhirnya memberi khabar gembira buat mereka.

Buat permulaan, seramai 30 permohonan diberikan oleh Pengerusi Biro Dakwah & Tarbiah Munsyid Malaysia, Hazamin Harun kepada Menteri Hal Ehwal Agama untuk diproses. Hazamin berkata, beliau secara peribadi melihat peluang yang diberikan menunjukkan keprihatinan beliau terhadap penyanyi nasyid.

Sumber gambar dari YouTube
Pada masa yang sama beliau mengharapkan agar jabatan agama negeri lain turut melakukan perkara yang sama bagi mereka yang layak, kerana kebanyakan dari mereka mempunyai latarbelakang pendidikan yang hebat. Berita baik ini membuka lembaran baru kepada penyanyi nasyid bagi menampung kelangsungan hidup.

OHMEDIA: SATU PENDEKATAN TERBAIK DARI MENTERI HAL EHWAL AGAMA. SEDIKIT SEBANYAK BEBAN MEREKA DAPAT DIKURANGAN.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca menteri hal ehwal agama beri peluang penyanyi nasyid jadi bilal rawatib di Facebook Oh! Media
Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment