Thursday, July 16, 2020

Nurflix Adalah Platform Video Streaming Terbaru Yang Memfokuskan Kandungan Islamik


Zaman sekarang dah banyak platform video streaming yang korang boleh tonton secara online seperti Netflix, iflix, Viu dan sebagainya. Kalau korang nak tahu, Sutera Hijau Ventures akan melancarkan satu lagi pilihan video streaming untuk korang tonton yang memfokuskan kandungan islamik dan syariah guys yang dinamakan Nurflix.


Walaupun masih belum dilancarkan lagi, tapi Nurflix dahpun umumkan 12 tajuk siri, antaranya ialah The Call, Abdullah, Kembara Mahsyar, The Khadijahs dan banyak lagi. Kesemua tajuk yang disenaraikan tu akan berlangsung di platform tersebut nanti yang dikatakan memakan belanja sekitar RM40 juta.

Apapun pihak mereka masih belum memberitahu lagi tarikh Nurflix ini dilancarkan dan akan memulakan ujian beta terlebih dahulu pada bulan Oktober sehingga Disember ini. Mesti ada antara korang yang dah lama tunggu video streaming ke arah islamik ni kan? Bagi Ohmedia, ia sangatlah menarik cuma kalau tak pakai nama flix kat belakang tu pun takpe kot.

Kredit: Nurflix TV

+ Baca respon pembaca video streaming terbaru kandungan islamik di Facebook Oh! Media.


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment