Monday, July 27, 2020

Oppo Lancarkan A72 Yang Menyokong Rangkaian 5G Dengan Cipset MediaTek Dimensity 720


Kalau dulu tak banyak pilihan smartphone untuk kita dapatkan di pasaran tapi zaman sekarang ni memang banyak giler brand-brand yang keluarkan smartphone dengan spec dan harga berbeza yang membolehkan korang membuat pilihan mengikut citarasa masing-masing. Baru-baru ni, Oppo baru jer memperkenalkan smartphone terbaru mereka yang menyokong rangkaian 5G iaitu Oppo A72 5G.


Oppo A72 5G ni didatangkan dengan skrin sebesar 6.5 inci IPS LCD bersama 90Hz refresh rate beresolusi 1080x2400 pixel. Cip pemprosesan yang dikuasakan ialah MediaTek Dimensity 720 5G dengan memori sebesar 8GB RAM dan storage sebesar 128GB. Bateri Oppo A72 5G ni berkapasiti 4,040mAh bersama 18W fast-charging menggunakan USB Type-C.

Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan tri kamera iaitu 16 megapixel sensor utama + 8 megapixel ultrawide + 2 megapixel kedalaman dan untuk kamera depan pula hadir dengan 8 megapixel. Korang rasa menarik tak spec yang ditawarkan pada Oppo A72 5G ni? Apapun, kita tunggu sehingga smartphone ni hadir secara rasmi di Malaysia nanti untuk tahu lebih lanjut mengenainya guys.

Kredit: GSM Arena

+ Baca respon pembaca smartphone terbaru Oppo di Facebook Oh! Media.
Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment