Thursday, July 23, 2020

"Panggilan Artis Sendu Tidak Sesuai Untuk Saya" - Haneesya Hanee


Pelakon sensasi, Sharifah Haneesya Hanee Sayed Sahalan atau lebih dikenali sebagai Haneesya Hanee berusia 20 tahun berkata panggilan artis sendu adalah tidak sesuai baginya, malah sedikit pun tidak terasa.

Gelaran tersebut terjadi apabila sekian lama tidak kelihatan di kaca televisyen dan dia menjelaskan bahawa baru sahaja bertapak dalam industri seni. Jadi, berapalah sangat drama yang dia baru berlakon.

Bagi saya, panggilan artis sendu tidak sesuai untuk saya, malah sedikitpun tidak terasa dengan panggilan yang diberi. Saya baru sahaja bertapak dalam industri seni, berapa kerat sangat drama yang dibintangi, jadi ia bukanlah gelaran yang sesuai ditujukan kepada saya. Lainlah, jika sudah lama saya berlakon.

Pelakon drama Curi-Curi Cinta itu tertanya-tanya di mana salah dan silapnya kerana kini dia semakin kurang menerima tawaran lakonan. Pada tahun lalu, kemenangan Haneesya sebagai Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH (APBBH) membuatkannya rasa bimbang kerana bersikap demanding.

Oleh sebab itu, syarikat pihak produksi tidak berani untuk mengambil dan mungkin juga disebabkan kontroversi yang sering terpalit dengan dirinya tetapi kalau nak tahu, dia masih hijau dalam dunia lakonan dan bukanlah seorang yang suka meletakkan harga.

Saya meminati dunia lakonan hingga sanggup mengikuti kelas seni. Cuma, rezeki belum menyebelahi biarpun saya memenangi ABPBH, tahun lalu. Semakin kurang tawaran lakonan diterima. Mungkin produser takut saya meletakkan harga tinggi, tetapi saya tak mungkin bersikap sedemikian kerana saya tahu siapa diri saya.

Bagaimanapun, saya bersyukur rezeki dalam dunia peragaan masih tidak berhenti. Begitu juga ulasan produk, jadi melalui dua sumber inilah saya meraih pendapatan menanggung keluarga. Saya berlakon bukan disebabkan duit, tetapi minat yang mendalam pada lakonan.

Jika korang masih ingat, Haneesya pernah mencetuskan kontroversi apabila digelarkan sebagai gadis liar yang suka bersosial dan berparti. Namun, dia sudah tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama dalam hidup kerana secara jujurnya, Haneesya mengalami kejutan budaya.

Bercakap mengenai penyesalan, tentulah ada rasa penyesalan. Jika boleh, saya tak mahu mengulang kesilapan yang sama dalam hidup. Jujurnya, saya mengalami kejutan budaya apabila menjadi cemuhan masyarakat pada peringkat awal dahulu. Kini, saya cuba belajar untuk terbuka dalam menerima kritikan. Bagaimanapun, ia bukan sesuatu yang mudah. Sakit sangat apabila dikritik, tetapi tidak mudah menutup mulut netizen.

Kebanyakan kontroversi yang berlaku wujud secara tidak disengajakan. Sedikit kesalahan yang dilakukan, netizen suka membesarkannya hingga menjadi tular. Saya tak mahu menoleh ke belakang lagi, saya mahu mengurangkan kontroversi dan fokus kerja serta produk yang bakal dihasilkan.

Tak apalah, Haneesya. Setiap manusia mesti pernah melakukan kesilapan atau kesalahan dan layak mendapat peluang kedua. Apapun, Ohmedia doakan agar Haneesya Hanee terus maju jaya dalam industri seni.

OHMEDIA: GO GO HANEESYA!

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment