Wednesday, July 15, 2020

Van Dijk & Allison Becker Punca Utama Kekalahan Liverpool


Juara Liga Perdana Inggeris, Liverpool tewas 2-1 kepada Arsenal dalam perlawanan liga awal pagi tadi. Beraksi di Stadium Anfield sepatutnya memberi kelebihan buat Liverpool untuk memenangi perlawanan ini. The Reds memiliki peluang untuk menghasilkan jaringan pertama selepas bola yang dikeluarkan oleh penjaga gol, Martinez tertampan kaki Oxlade-Chamberlain dan hampir masuk ke gawang Arsenal.


Akhirnya tuan rumah berjaya memperolehi gol pembukaan pada minit ke-20 menerusi Sadio Mane selepas beliau menyermpurnakan hantaran leret dari Andrew Robertson. Walaubagaimanapun, Arsenal kembali menyamakan kedudukan pada minit ke-32 hasil kesilapan Van Dijk yang menolak bola ke belakang sebelum dirampas Lacazette dan beliau menggunakan peluang tersebut untuk mengelecek penjaga gol dan menjaringkan gol pertama Arsenal.


Satu minit sebelum tamat separuh masa pertama giliran penjaga gol Liverpool, Allison melakukan kesilapan selepas gagal mengeluarkan bola dengan kemas sebelum dirampas Lacazette dan terus melakukan hantaran kepada pemain muda, Reiss Nelson yang tenang untuk melakukan rembatan tepat ke dalam gawang Liverpool. Keputusan 2-1 kekal hingga wisel penamat menyaksikan Arsenal memiliki peluang untuk layak ke saingan Europa League musim depan.


OHMEDIA: NAMPAKNYA JUARA KITA TIDAK MENUNJUKKAN TAHAP PERMAINAN BERTAHAN YANG SEBENAR

+ Baca respon pembaca Van Dijk dan Allison Becker punca utama kekalahan Liverpool di Facebook Oh! Media




Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment