Thursday, July 16, 2020

Vivo Perkenalkan IQOO U1 Dengan Cipset Snapdragon 720G


Baru jer Ohmedia share yang IQOO akan memperkenal smartphone terbaru mereka iaitu IQOO Z1x beberapa hari lepas kan? Tapi harini Ohmedia sekali lagi dapat tahu yang mereka baru jer memperkenalkan satu lagi smartphone terbaru mereka iaitu IQOO U1. Korang rasa antara Z1x dan U1 ni, mana satu lagi gempak?

BACA : Vivo Perkenalkan IQOO Z1x Dengan Liquid Coolant Seakan Sebuah PC


Untuk spesifikasi luaran, IQOO U1 ni didatangkan dengan skrin sebesar 6.53 inci LCD Full HD+ bersama cip pemprosesan Snapdragon 720G guys. Untuk memori, smartphone terbaru dari IQOO ni hadir sehingga 8GB RAM dan stirage sehingga 128GB. Ia didatangkan dengan bateri berkapasiti 4,500mAh bersama 18W fast-charging menggunakan Micro-USB.

Kamera utamanya dilengkapi dengan tri-kamera iaitu 48 megapixel sensor utama + 2 megapixel makro + 2 megapixel kedalaman dan untuk kamera depan pula hadir dengan 8 megapixel. IQOO U1 ni didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu biru, putih dan hitam.

+ Baca respon pembaca smartphone terbaru dari Vivo di Facebook Oh! Media.

Kredit: Vivo China
Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment