Tuesday, August 25, 2020

5 murid disahkan positif COVID-19 (Kluster Tawar), sekolah ditutup


Lima murid yang membabit empat daripadanya berusia 12 tahun dan seorang berusia 9 tahun di sebuah sekolah di Kedah, disahkan positif COVID-19, yang berkaitan dengan Kluster Tawar. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lima murid itu dikesan positif selepas menjalani saringan kontak rapat kes positif kluster tersebut. 

"Hasil siasatan mendapati, murid berkenaan ialah kontak rapat kepada kes ke-9,197, iaitu seorang murid prasekolah yang kesnya telah dilaporkan pada 16 Ogos lepas. 

"Lima pesakit kanak-kanak tersebut merupakan generasi ketiga Kluster Tawar dan dijangkiti daripada ibu bapa (murid prasekolah) sebelum menjangkiti rakan-rakan di sekolah. 

"KKM masih menjalankan siasatan bagaimana murid berkenaan terdedah kepada COVID-19," katanya. 

Ekoran itu juga, sekolah terbabit diarahkan tutup buat sementara waktu. 

Setakat hari ini, seramai 3,547 individu yang berkaitan dengan Kluster Tawar telah menjalani saringan. 70 individu dikesan positif termasuk enam yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). 

Hari ini, Malaysia mencatatkan pertambahan 11 kes baharu termasuk lima murid sekolah berkenaan. 

Sumber: Sinar Harian


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment