Tuesday, August 25, 2020

Berjaya Turun Berat Badan Sebanyak 39kg, Lelaki Ini Masih Usaha Untuk Capai 80kg Dalam Masa 5 Bulan!


Setiap orang mesti ada keinginan untuk mendapatkan berat badan yang ideal. Lagi-lagi majlis perkahwinan dah nak dekat tetapi kita pula rasa stress apabila memikirkan tentang berat badan kita yang semakin naik.

Jangan risau gais! Baru-baru ini, seorang pengguna yang dikenali sebagai Cazzrah memuatnaik satu posting yang menarik untuk dikongsikan bersama korang. Kalau nak tahu, dia sudah berjaya menurunkan berat badannya dari 160kg kepada 121kg tau!?


Korang nak tahu apa rahsianya? Menurut Cazzrah, dia ada beberapa tips yang berguna dimana makanan atau minuman yang bergula serta makanan yang berminyak perlu dielakkan. Makanan yang perlu diambil adalah seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Cut gula, makanan bergoreng, nasi sehari sekali tu pun suku sahaja. Banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Lastly ayam bahagian dada. Kalau rasa muak makan ayam bahagian isi, counter balik dengan cili padi atau sambal belacan. Main sukan, berjalan atau berjogging dan gym. Okay sudah itu sahaja.


Selain daripada itu, korang perlu melakukan aktiviti senaman seperti berjalan, jogging dan rajin pergi ke gimnasium. InsyaAllah, segala usaha yang kita lakukan akan tercapai untuk mendapatkan hasil yang diinginkan jika kita konsisten secara berterusan.

Untuk pengetahuan, Cazzrah sedang berusaha untuk menurunkan berat badannya ke 80kg dalam masa 5 bulan jer tau. Oh ya, jangan lupa kongsikan pengalaman korang dan kongsi tips kurus di ruangan komen Ohmedia ya.

OHMEDIA: SEJAK PKP NI, BERAT BADAN OHMEDIA NAIK SEBANYAK 9KG. SEMOGA TIPS NI BERMANFAAT UNTUK SEMUA ORANG!

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment