Friday, August 14, 2020

Bukan Bilis Lagi Yang Ditangkap, Kali Ni Pengarah Penguatkuasa MBSA Pula Ditahan SPRM


Banyak betul isu tentang MBSA dan kalini, Pengarah Jabatan Penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam pula ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket melindungi premis perniagaan haram di sana.

Menerusi petikan Berita Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Ahmad Khusairi sendiri yang mengesahkan bahawa pengarah yang berusia 59 tahun itu ditahan pada pukul 10 pagi tadi di Ibu Pejabat SPRM.

Selepas viralnya isu perniagaan haram di Sungai Buloh baru-baru ini, seramai sembilan orang penguatkuasa MBSA telahpun ditahan SPRM. Pegawai itu akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman esok di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Pengarah Penguatkuasa MBSA ditahan SPRM di Facebook Oh! Media.


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment