Monday, August 10, 2020

Cari Penjenayah Sebenar, Bukan Siasat Pemberi Maklumat! AMK Sedia Tanggung Khidmat Guaman Untuk Asri


Lagi perkembangan terbaru mengenai isu pendedahan video dari pemilik Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid apabila pihak Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula tampil menawarkan khidmat guaman untuknya jika ada tindakan yang dikenakan keatasnya.

Berdasarkan kenyataan PDRM semalam, Asri Janggut kini disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. Tindakan sedemikian jika tidak diurus dengan baik boleh menghakis kredibiliti pihak berkuasa, mengurangkan keyakinan orang ramai untuk berkongsi maklumat kepada PDRM. - Kata Ketua AMK, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Sekarang, Asri telah disiasat pihak polis mengenai video dan dakwaan yang dikeluarkannya. Video itu juga sebelum ini telah dianggap memfitnah pihak berkuasa.

Sepatutnya perlindungan harus diberikan kepada Asri kerana keselamatannya terancam sejak awal lagi. Akmal Nasrullah turut menggesa supaya Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu dikaji semula dan ditambah baik agar orang ramai diberi jaminan untuk dilindungi dari penjahat.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan isu ini di Facebook Oh! Media.





Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment