Sunday, August 16, 2020

'CASH!' Remaja penyamun maut dalam kemalangan, 1 kritikal, 2 berjaya larikan diri


Baru saja menyamun, namun 30 minit kemudian, penyamun dan tiga rakannya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 20.5 Jalan Johor Bahru - Kota Tinggi semalam. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 7.30 pagi Ahad (16/8/2020), remaja terbabit bersama dengan tiga rakannya memandu Proton Exora yang dicuri dan hilang kawalan lalu terbabas ke bahagian kanan, masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Perodua Kelisa dan Myvi. 

Akibatnya, suspek berusia 18 tahun yang memandu Exora parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian. Salah seorang rakannya, 22, juga parah, manakala dua lagi rakan mereka berjaya melarikan diri. 

Sementara itu, pemandu Kelisa, 40, cedera di kaki kiri dan tulang leher. Manakala dua kanak-kanak lelaki berusia 5 dan 8 tahun cedera di muka dan kepala. 

Pemandu Myvi, 38, cedera di bahagian kaki dan tangan. Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut. 


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, sebelum kemalangan itu berlaku, empat suspek terbabit melakukan jenayah samun di Taman Puteri Wangsa pada jam 7 pagi. 

Pemilik Exora, 58, berkata, dia disamun dua lelaki dan kenderaannya turut dilarikan. 

Terdahulu mangsa berkata dia ketika itu sedang memandu bersendirian di lokasi kejadian, dia ternampak seorang lelaki terbaring di tengah jalan lalu memberhentikan kenderaannya dan menurunkan cermin kereta. Pada ketika itulah dia diserang oleh empat suspek.

Mangsa ditumbuk beberapa kali di bahagian muka sehingga terjatuh dan keretanya dilarikan empat penjenayah itu. 

Hasil siasatan mendapati, lelaki yang terbaring di jalan itu adalah mangsa samun empat suspek yang sama. Mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka, kepala dan sakit belakang badan.

Menurut rekod polis, suspek yang maut mempunyai tiga rekod jenayah lampau, manakala rakannya mempunyai tujuh rekod jenayah lampau.

Polis kini sedang giat mengesan dua lagi suspek dan kes kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan dan kes jenayah disiasat oleh IPD Johor Bahru Selatan. 

Sumber: Harian Metro


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment