Tuesday, August 11, 2020

Didie Alias Minta Sedekahkan Al-Fatihah Buat Pelakon Veteran Abu Bakar Juah


Baru-baru ini, pelakon Didie Alias memuatnaik satu video yang berdurasi 7 saat di laman Instagram menunjukkan pelakon veteran, Abu Bakar Juah yang kelihatan uzur dan terlantar sakit di rumahnya.

Walaubagaimanapun, Didie meminta orang ramai untuk sedekahkan Al-Fatihah buat pelakon tersebut yang digelarkan sebagai Ayah. Ramai warganet dan rakan artis rasa bersimpati dengan nasib Abu Bakar Juah.

Ya Allah Ya Tuhanku Kau Permudahkanlah Urusan Ayahanda Kami @abubakarjuah. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Ayah ya. -kata Didie


Mari kita sama-sama mendoakan untuk pelakon veteran tersebut. Ohmedia rasa sedih sangat bila tengok Abu Bakar Juah terlantar sakit macam ni. Kalau nak tahu, dia merupakan seorang pelakon veteran popular sejak 90-an dalam drama-drama Melayu tau.

OHMEDIA: AL-FATIHAH! (DIBACA)

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.





Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment