Thursday, August 6, 2020

Dr. Say Shazril Berang Dengan Imam Muda Cerai Isteri Pertama


Baru-baru ini, pengacara Tanya Doktor iaitu Dr. Say Shazril memuatnaik satu posting di Instagram mengulas isu Imam Muda Faris yang menceraikan isteri pertamanya disebabkan layanan isteri kedua adalah lebih baik seperti raja.

Walaubagaimanapun, Dr. Say akui berang dan memberi pendapatnya sendiri kenapa Imam Muda itu memberikan alasan tersebut. Ish! Ohmedia pun tak boleh terima alasan dia gais. Sakit hati jer dengar.

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan kes Imam Muda ceraikan bini pertamanya sebab katanya bini barunya boleh layan dia macam raja. Memanglah boleh layan kau macam raja, dah kau ada 5 anak dengan bini pertama tu kau expect bini pertama nak layan kau macam raja? Habis 5 anak tu kau nak campak mana?

Aku anak satu pun bini layan macam bibik tapi aku reda je janji anak aku terjaga. Nanti bini baru ni ada 5 anak kau ceraikan jugak dengan alasan ada pempuan baru yang boleh layan kau macam Tuhan.

Again saya tak nak cakap besar sebab boleh memakan diri tapi tak faham orang macam ni. Kau kahwin awal, 21 tahun dah kahwin lepas tu kau masuk realiti show, pastu kau jadi finalis maka nama kau naik, pastu kau terasa “aku deserve someone better”.

Lepas tu kau buang bini lama kau sekali dengan anak-anak kau ibarat sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Kau nak ceraikan bini kau silakan tapi janganlah lupa nafkah dan kewujudan anak-anak kau tu. Binatang pun tak tinggalkan makanan dalam kotak luar rumahlah. Ade depan aku, aku starlight dahi luas kau.

Siap suruh sign agreement “jangan kecoh-kecoh kita tengah bergaduh ni tau”. Apa kau ingat ni Perjanjian Pangkor ke, then sambil kau tindas dan aniaya bini kau sambil tu kau sedap-sedap berjoli dengan bini baru. Mamat ni sumpah lagi berat dari Abu & Paan. In a nutshell husbands, be responsible of every action we make.
Kalau dah tergatal kawin baru, nak lepaskan atau simpan yang lama terpulang tapi janganlah abaikan tanggungjawab nafkah kepada bini lama dan anak-anak. Buat anak pandai, bab jaga anak terabai.



Betul tu! Ohmedia setuju dengan kata-kata Dr. Say. Ohmedia tak fahamlah dengan zaman sekarang. Semakin ramai pula yang ceraikan isteri pertama sebab ada isteri kedua. Ni trend baru ke gais?

Kalau boleh, janganlah buat macam tu. Ambil contoh seperti Ustaz Ebit Lew. Setia jer Ohmedia tengok Ustaz Ebit Lew dengan isteri dia. Romantik betul! Bukan apa, isteri pertama tulah yang ada dengan awak semasa susah dan senang dari awal lagi. Hargailah mereka.

OHMEDIA: TERBAIKLAH DR. SAY!

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment