Wednesday, August 12, 2020

Gunung Berapi Sinabung Meletus Kali Kedua Pagi Tadi


TERKINI! Gunung Berapi Sinabung Indonesia yang terletak di Sumatra Utara dilaporkan meletus sekali lagi pagi tadi pada jam 6.07 pagi.

Letusan kali ini berketinggian 1,000 meter dari atas puncak yang setinggi 3,460 meter dari permukaan laut.


Gunung berapi Sinabung ini mengeluarkan ledakan abu kelabu dan arah angin pula dikatakan akan membawa menghala ke arah timur, tenggara dan selatan.

Untuk pengetahuan korang, letusan pertama pada hari Sabtu lalu lebih dahsyat apabila letus mencapai ketinggian 2,000 meter dari puncak.

OHMEDIA: SAMA-SAMA KITA DOAKAN SAUDARA KITA DI INDONESIA DILINDUNGI DARI UJIAN YANG BERAT INI.

Kredit: CNN INDONESIA

+ Baca respon pembaca yang ikuti perkembangan letusan ini di Facebook Oh! Media.




Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment