Sunday, August 23, 2020

Harga iPhone 11 Dijangka Turun Mendadak Sebaik iPhone 12 Dilancarkan


Memetik sumber dari wccftech.com, dijangkakan pihak Apple akan mengurangkan harga bagi iPhone 11 sebaik sahaja iPhone 12 dilancarkan tahun ini. Namun tiada maklumat rasmi mengenai perubahan harga flaghship device dari Apple di Malaysia. Menurut technave.com, setelah pengurangan berkenaan, dijangka harga iPhone 11 adalah USD549, atau sekitar RM2,294.

Sebelum ini Apple turut melakukan perkara yang sama sewaktu melancarkan iPhone 11 dengan mengurangkan harga iPhone XR ketika itu. Bukan itu sahaja, Sebuah tweet dari iAppleTimes mendedahkan bahawa pihak Apple akan menghentikan pengeluaran tiga model mereka, iaitu iPhone XR, iPhone 11 Pro dan iPhone Pro Max sebaik sahaja iPhone 12 dikeluarkan.

Sumber gambar dari BGR
Wccftech.com menjelaskan bahawa pihak Apple akan menghentikan produksi iPhone XR daripada mengurangkan harga peranti berkenaan memandangkan iPhone SE tampil dengan harga yang lebih murah dan penawaran spesifikasi yang lebih berkuasa. Untuk info, iPhone SE 2020 hadri dengan chipset A13 Bionic 7nm+ dengan RAM dan storage paling besar yang ditawarkan 3GB dan 256GB.

OHMEDIA: BERITA BURUK BAGI KORANG YANG NAK BELI IPHONE 11 PRO DAN PRO MAX. NAMUN INI HANYALAH KHABAR ANGIN MEMANDANGKAN TIADA INFO RASMI YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK APLLE.

Kredit: Technave | wccftech

+ Baca respon pembaca harga iPhone 11 dijangka turun mendadak di Facebook Oh! Media




Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment