Monday, August 10, 2020

Isteri Ammar Alfian Kecewa Tolak Permohonan Cerai


Menurut laporan Astro Gempak, Nelissa Nezam berasa kecewa dengan suaminya, Ammar Alfian yang merupakan seorang pelakon kerana menolak permohonan cerai yang difailkan pada bulan Januari lalu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Walaubagaimanapun, bawah ini adalah respon Neliessa ditemui di Mahkamah Rendah Syariah selepas selesai urusan pelantikan hakam untuk kedua-dua belah pihak bagi penolakan tuntutan cerai yang dilakukan pelakon tersebut pada Julai lalu.

Saya kecewa kenapa Ammar seperti hendak menjadikan kes ini semakin rumit apabila menolak permohonan cerai itu. Saya tak tahu apa niat sebenarnya kerana bagi saya, kami sudah tiada apa-apa hubungan. Malah sudah tidak bersama sejak setahun yang lalu. Ammar tak beri kerjasama, dia belum melantik mana-mana hakam. Selepas Ammar dah lantik hakam nanti baru kami boleh teruskan proses perceraian ini.

Untuk pengetahuan, Ammar Alfian atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri mendirikan rumah tangga dengan Neliessa Nezam pada 6 Mac 2016.

OHMEDIA: SEMOGA URUSAN MEREKA DIPERMUDAHKAN!

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment