Tuesday, August 11, 2020

Isteri Lim Guan Eng Turut Hadapi 3 Pertuduhan Melibatkan Rasuah & Pengubahan Wang Haram


Sebentar tadi, Mahkamah Sesyen Butterworth telah membacakan satu lagi pertuduhan baru yang melibatkan bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng.

Kali ini, Lim Guan Eng dituduh bersama isterinya melibatkan pertuduhan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan RM372,000 bagi isterinya.

Lim Guan Eng kemudian membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.

Berdasarkan keterangan pertuduhan, Lim Guan Eng telah menggunakan kuasanya untuk suapan wang berjumlah RM372,000 bagi isterinya iaitu Betty Chew Gek Cheng melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd.


Ia bagi memastikan syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd ditawarkan Jemputan Cadangan Perkampungan Pekerja di Lot 631, Mukim 13, Juru, Seberang Perai Tengah dan sebahagian Lot 282, Mukim 13, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang yang bernilai RM11,610,000 di mana isterinya secara tidak langsung mempunyai kepentingan.

Kesalahan ini direkodkan berlaku pada 19 Ogos 2013 dan 3 Mac 2016 di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar.

Akan tetapi, isteri Lim Guan Eng, Betty telah menerima tiga lagi pertuduhan dengan melakukan pengubahan wang haram RM372,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Betty juga dikatakan telah menerima wang berjumlah RM87,09.00 daripada syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd yang telah dimasukkan ke dalam akaun Public Bank Taman Melaka Raya di antara 7 Oktober 2013 dan 4 Oktober 2014.

Itu baru pertuduhan pertama, pertuduhan kedua pula melibatkan penerimaan wang berjumlah RM180,000 dari syarikat sama pada 3 September 2014 dan 11 Ogos 2015.

Pertuduhan ketiga pula melibatkan penerimaanwang tunai sebanyak RM105,000 pada 4 September 2015 dan 3 Mac 2016.

Semua ini jika bersalah boleh dikenakan hukuman tidak lebih 15 tahun dan tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Untuk perkembangan seterusnya, sebutan semula kes akan diadakan pada 16 Oktober dan kedua-dua perlu membayar ikat jamin RM50,000 seorang.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca yang ikuti kes ini di Facebook Oh! Media.




Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment