Monday, August 10, 2020

'Isteri tak suka masak, saya penat nak tegur' - Suami buntu, isteri goyang kaki memanjang


Saya dan isteri dah berkahwin selama enam tahun dan dikurniakan tiga orang anak. Saya bekerja dan isteri pula suri rumah. 

Isteri saya jenis tak suka memasak, kurang makan dan jenis makan je apa-apa makanan ringan atau makanan segera. Kerja-kerja rumah pun jarang-jarang buat. Selalu sangat baju yang dia letak dalam mesin basuh auto tu terbiar 3-4 hari sampai naik bau hapak. Baju tak basuh dan tak berlipat tu memang takyah cerita. 

Sebagai suami, saya dah macam tak boleh nak harapkan dia sediakan masakan apa-apa. Sekali tegur, sekali dia masak. Sebulan sekali belum tentu dia masak kalau tak beritahu. 

Pernah saya tegur, "Rasa macam bujang je. Lapar, makan maggi. Kalau teringin, masak sendiri". Kemudian dia buat muka. 

Anak-anak lebih rapat dengan saya dari dia. Balik dari kerja, anak-anak dah mula berkepit, nak duduk di riba, minta dukung, mandi bagai. 

Bila tidur malam, isteri dengan anak bongsu (bayi 4 bulan), lagi dua tidur bilik asing dengan saya. Balik kerja nak kena fikir nak makan apa atau nak masak apa. Kadang-kadang rasa penat nak tegur isteri. Tapi masih kuat untuk bersabar, insyaAllah. 

Setiap hari dia duk bergosip dengan adik beradik dia yang datang rumah. Pernah belikan stok makanan ringan sampai RM100+. Last-last habis dalam masa satu hari sebab dia buat jamuan time bergosip. 

Ayam, ikan, daging yang saya beli selalu sangat terbiar je dalam peti ais sampai berbulan-bulan. 

Buntu dah macam mana nak tegur dan nasihat. Bukan anak orang kaya pun. Tapi lagak dia nak duk goyang kaki tu, Hrmm...

Tak tau nak share dengan siapa masalah ii. Harap ada yang sudi komen beri nasihat. Terima kasih. 

Sumber: Kisah Rumah Tangga


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment