Saturday, August 22, 2020

Kadar kompaun yang dikenakan terhadap Khairuddin adalah had maksimum, berasingan daripada siasatan PDRM


Ramai yang tidak berpuas hati dengan kadar kompaun yang dikenakan terhadap Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, yang didapati melanggar perintah kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari luar negara. 

Disebabkan itu juga, rakyat mula mempersoalkan apakah tindakan penguat kuasaan terhadap golongan VVIP berbeza dengan golongan marhaen yang seperti mana umum mengetahui ada individu yang melakukan kesalahan yang sama dikenakan denda lebih tinggi daripada jumlah tersebut. 

Bagi menyelesaikan kekeliruan itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, tampil memberi penjelasan agar semua pihak faham dan tidak cepat melenting. 

Beliau menjelaskan, kadar kompaun RM1,000 yang dikenakan terhadap Khairuddin dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah had maksimum yang telah ditetapkan dalam Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998 (Akta 342). 

"Kompaun maksimum mengikut Akta 342 adalah RM1,000 terhadap mereka yang ingkar peraturan serta perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah hanya RM1,000," katanya. 

Lebih jelas lagi, kompaun yang dikenakan oleh KKM itu adalah berasingan daripada siasatan yang dijalankan oleh polis susulan laporan yang dibuat oleh orang awam terhadap menteri berkenaan.

Bermaksud, setelah polis selesai menjalankan siasatan, jika menteri berkenaan didapati bersalah maka akan ada hukuman dan denda susulan. 

Semalam, Khairuddin memaklumkan dia memohon maaf dan akan memulangkan gajinya sebagai menteri selama empat bulan yang akan disumbangkan ke Tabung Covid-19 Negara (bawah KKM) atas rasa tanggungjawab. 

Namun di media sosial, netizen masih tidak berpuas hati dengan kenyataan itu dan meminta Khairuddin melepaskan jawatannya kerana jelas sekali ingkar perintah kuarantin diri seperti mana yang ditegaskan oleh kerajaan kepada rakyat.

Satu petisyen juga telah diwujudkan bagi mendesak Ahli Parlimen Kuala Nerus itu untuk meletak jawatan sebagai Menteri yang kini telah ditandatangani lebih dari 21,000 individu. 

Bagi netizen, pemimpin di Malaysia sepatutnya mengambil contoh dalam kes di New Zealand di mana Menteri Kesihatannya meletak jawatan kerana ingkar arahan perintah berkurung yang dilaksanakan ketika wabak Covid-19 sedang menular. 

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment