Thursday, August 6, 2020

Kantoi Hisap Vape Dalam Dewan, Hishammuddin Akui Itu Tabiat Baru & Mohon Maaf


Tak tahu nak kata apa, tapi gelagat seorang Ahli Parlimen yang dilihat sedang menghisap vape di dalam Dewan Rakyat telah menarik perhatian ramai.

Video yang dikongsikan oleh sorang pengguna Twitter itu menunjukkan susuh tubuh Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kantoi sedang menyedut dan menghembus rokok elektronik ketika dewan sedang bersidang.

Gelagatnya yang dilihat curi-curi hisap vape dengan memakai pelitup muka itu dilihat agak lucu dan turut mendapat perhatian Hishammuddin yang mengakui itu adalah dirinya.


Maaf, saya tidak sedar. Ia adalah tabiat baharu saya. Saya mohon maaf kepada Dewan dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. - Katanya yang kesal dengan perbuatannya itu.

+ Baca respon pembaca yang lihat video kantoi ini di Facebook Oh! Media.




Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment