Monday, August 24, 2020

Monyet & Biawak Dipanah, Polis Sahkan Terima Laporan Penganiayaan Haiwan


Menurut laporan Bernama, terdapat gambar dan video yang menunjukkan seekor monyet dan biawak tertusuk dengan busur panah yang tular di media sosial dan kejadian itu disyaki berlaku di Taman Persekutuan Bukit Kiara, Taman Tun Dr Ismail.


Walaubagaimanapun, polis telah mengesahkan bahawa mereka ada menerima laporan tentang penganiayaan terhadap haiwan tersebut. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin berkata kakitangan Jabatan Landskap Negara telah membuat laporan selepas menerima gambar dan video itu.

Video dan gambar itu memaparkan seekor monyet dan biawak yang dianiaya apabila busur panah tertusuk pada bahagian pangkal ekor monyet dan tengah badan biawak.

Kes disiasat di bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) yang jika disabitkan kesalahan akan membawa hukuman penjara tidak lebih dari tiga tahun atau denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, seekor monyet mengalami kecederaan kerana panah tertusuk di bahagian ekornya dan manakala biawak pula mati gara-gara dipanah oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Apapun, semoga pelaku itu dapat dikenalpasti secepat mungkin.

OHMEDIA: KEJAM BETUL ORANG MACAM NI!

Kredit: Bernama

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment