Thursday, August 20, 2020

'Netizen kecam, maki hamun saya tanpa usul periksa' - Wanita nafi maki & ugut bunuh mak ayah rider Food Panda


Susulan dikecam teruk oleh netizen di media sosial, individu yang didakwa memaki hamun dan mengugut penghantar makanan, tampil memberi penjelasan dan menafikan dakwaan tersebut. 

Bell's Rizz atau Nabila, mendakwa gambar dia dan suaminya telah disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan kekecohan itu berlaku.

Nabila berkata, laporan polis juga telah dibuat kerana apa yang viral di media sosial itu adalah fitnah yang cuba memburukkan nama dan imej mereka. 

"Saya menjadi mangsa kepada individu yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan foto saya serta membuat onar bagi tujuan memburukkan nama saya dan suami. 

"Gambar di bawah adalah laporan lengkap yang telah dibuat di balai polis berhampiran," katanya. 

Dalam salinan laporan polis tersebut, Nabila menyatakan dia hanya menyedari perkara itu selepas dimaklumkan oleh seorang lelaki. Nabila terkejut apabila gambar dia dan suami viral di media sosial tetapi nombor telefon yang tertera bukan nombornya. 

"Saya terkejut kerana gambar tersebut memang gambar saya dan suami. Tetapi nombor telefon yang digunakan bukan nombor telefon saya dan suami. Dia guna gambar saya sebagai profile WhatsApp dan juga nama saya atas no akaun telefon tersebut," katanya. 




Nabila juga telah bersemuka dengan penghantar makanan berkenaan untuk memberi penjelasan dan menafikan bahawa dia membuat pesanan makanan tersebut. 

Disebabkan viral itu juga, Nabila banyak menerima mesej di Facebook, panggilan dan mesej di WhatsApp, serta komen yang mengecamnya di Facebook tanpa usul periksa. 

"Saya akan rujuk perkara ini kepada pihak SKMM, Syarikat Food Panda dan Mahkamah untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam laporan tersebut. 

Sumber: Bell's Rizz

LAPORAN BERKAITAN


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment