Friday, August 21, 2020

Oppo A53 Smartphone Pertama Gunakan Cipset Snapdragon 460


Oppo baru jer memperkenal smartphone terbaru mereka di bawah sir A iaitu Oppo A53 di pasaran Indonesia. Apa yang bestnya, Oppo A53 ni menyokong 90Hz refresh rate dengan skrin sebesar 6.5 inci HD+ gais.

Telefon pintar terbaru Oppo ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 460. Untuk memori pula, ia didatangkan dengan 4GB RAM dan storage sebesar 64GB yang boleh dikembangkan lagi dengan micro SD sehingga 256GB.


Bateri Oppo A53 ni berkapasiti 5,000mAh dengan 18W fast-charging menggunakan USB Type-C. Untuk kamera, ia dilengkapi dengan tri-kamera iaitu 16 megapixel sensor utama + 2 megapixel kedalaman + 2 megapixel makro dan kamera depan pla hadir dengan 16 megapixel.

Menurut GSM Arena, Oppo A53 ni didatangkan dengan 2 pilihan warna iaitu Electric Black dan Fancy Blue. Walaubagaimanapun, telefon pintar ini masih belum diperkenalkan di Malaysia. Jangan lupa untuk stay tuned di socmed mereka untuk mengetahui lebih lanjut.

Kredit: GSM Arena

+ Baca respon pembaca smartphone terbaru Oppo di Facebook Oh! Media.
Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment