Tuesday, August 4, 2020

Oppo Secara Rasmi Lancarkan Reno4 & Reno4 Pro, Kedua-Duanya Menggunakan Cipset Snapdragon 720G


Sebelum ni Ohmedia ada share pasal Oppo perkenalkan smartphone terbaru mereka dibawah siri Reno iaitu Oppo Reno 4 walaupun baru jer beberapa bulan lepas lancarkan Oppo Reno 3. Baru-baru ni, Oppo Malaysia baru jer lancarkannya dengan dua variasi ke pasaran Malaysia iaitu Oppo Reno 4 dan Oppo Reno 4 Pro.

Oppo Reno4


Bagi Oppo Reno 4, ia hadir dengan skrin sebesar 6.43 inci AMOLED menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 720G. Untuk memori pula didatangkan dengan 8GB RAM dan storage sebesar 128GB. Bateri pula berkapasiti 4,015mAh bersama 30W fast-charging menggunakan USB Type-C. Oppo Reno4 ni dijual pada harga RM1,699 jer guys.

Oppo Reno4 Pro


Oppo Reno 4 Pro pula didatangkan dengan skrin 6.55 inci AMOLED dan menggunakan cip pemprosesan yang sama dengan variasi biasa iaitu Snapdragon 720G. Untuk memori pula hadir dengan 8GB RAM dan storage sebesar 128GB. Bateri pula berkapasiti 4,000mAh bersama 65W fast-charging menggunakan USB Type-C.

Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan quad-kamera iaitu 48 megapixel sensor utama + 8 megapixel ultrawide + 2 megapixel mono + 2 megapixel makro dan untuk kamera depan pula hadir dengan 32 megapixel. Oppo Reno4 Pro ni dijual pada harga RM2,399 dengan dua pilihan warna iaitu putih dan hitam.

Korang dah boleh membuat pra-tempahan dengan hanya RM100 jer, untuk maklumat lanjut boleh pergi ke laman rasmi Oppo Malaysia ya guys.

Kredit: Oppo Malaysia

+ Baca respon pembaca Oppo Reno terbaru di Facebook Oh! Media.
Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment