Monday, August 10, 2020

Paklah Masih Sihat! Pegawai Khas Tun Abdullah Buat Laporan Polis 2 Berita Palsu Yang Tersebar


Baru-baru ini tersebar di media sosial tentang laporan mengatakan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah meninggal dunia. Ohmedia ingin tegaskan bahawa laporan ini palsu dan tidak tepat sama sekali. Jangan sebarkannya!

Satu laporan polis juga telah dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya semalam oleh Pegawai Khas Abdullah, Datuk Jefridin Atan setelah melihat penyebaran berita palsu yang dilakukan pihak tak bertanggungjawab sebanyak 2 kali dalam masa seminggu tidak boleh diambil ringan.

Saya ingin memaklumkan bahawa berita yang tersebar sebanyak dua kali dalam masa satu minggu ini adalah palsu dan tidak benar di mana kesihatan Tun Abdullah berada dalam keadaan yang sihat. Beliau sekarang ini memang kurang mengadakan aktiviti di luar kerana almaklumlah dalam usia 80-an. Tidak semua orang mempunyai kesihatan yang cukup baik seperti biasa, orang tua yang ada masa sihat dan ada masanya kurang sihat. - Jelasnya.

Kes ini akan disiasat di bawak Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

+ Baca respon pembaca yang perkembangan Pak Lah di Facebook Oh! Media.





Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment