Tuesday, August 4, 2020

"Please...Don't Put It To Sleep" - Warganet


Sebelum ini pernah tular satu rakaman litar tertutup (CCTV) yang melibatkan seorang wanita bernama Kristina diserang oleh anjing jenis pitbull di kawasan Taman Tanjung Minyak Perdana, Melaka.

Namun, Persatuan Haiwan Malaysia memuatnaik satu posting bahawa anjing tersebut kini berada dalam tahanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri Melaka untuk siasatan dan pemeriksaan penyakit.

Presiden Animal Malaysia, Arie Dwi Andika telah melawat dan menjenguk anjing itu pada 30 Julai 2020 di tempat terbabit untuk melihat keadaannya. Menurut Arie, anjing ini mempunyai sifat bengis dan garang.

Jadi, Persatuan Haiwan Malaysia sedang menanti keputusan sama ada nasib anjing tersebut dilupuskan ataupun dijadikan guard dog. Walaubagaimanapun, ramai warganet tidak bersetuju jika anjing pitbull dilupuskan malah mereka mahu pemilik anjing ini bertanggungjawab dan didenda.

Inilah Pitbull anjing yang menyerang wanita bernama Kristina hingga parah di Taman Tanjung Minyak Perdana Melaka. Anjing ini kini dalam tahanan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri Melaka untuk siasatan dan pemeriksaan penyakit.

Pada 30 Julai 2020 Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika melawat dan menjenguk keberadaan anjing Pitbull di DVS Melaka pada hari kedua selepas kejadian serangan untuk melihat keadaannya. Diakui anjing Pitbull ini mempunyai sifat garang dan bengis.

Seluruh masyarakat pencinta haiwan menunggu keputusan sama ada nasib anjing ini bakal dilupuskan atau dijadikan guard dog? Orang ramai yang mahu menjadi penanggungjawab anjing Pitbull boleh berhubung dan memohon dengan DVS Negeri Melaka untuk pertimbangan.


Bukan apa, kali ni Ohmedia setuju dengan warganet. Tidak perlu pun anjing ni dilupuskan, jadikan dia sebagai guard dog pun dah okay dan pihak berkuatkuasa perlu ambil tindakan terhadap pemilik anjing tersebut. Barulah adil.



OHMEDIA: PEMILIK ANJING HARUS DIDENDA!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment