Tuesday, August 11, 2020

"Saya Akui Kelemahan Saya" - Asri Janggut Mohon Maaf Atas Kenyataannya Terhadap Pihak Polis Dan Tentera


Panas hari ini tular sebuah video mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Asri Janggut, individu yang sama membongkarkan sarang perjudian di Sungai Buloh keatas pihak berkuasa sehingga membuatkan netizen bengang terhadapnya. Dalam video yang berdurasi 31 saat berkenaan dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Asrul Jamaluddin.

Dalam video berkenaan Asri menyatakan bahawa kebanyakan anggota polis dan tentera tidak menjaga solat sehinggakan mereka mudah cair dengan godaan wang ringgit. Asri juga turut menyoal bila terakhir kali anggota polis ini menunaikan solat subuh bersama isteri di samping bertanya sama ada mereka pernah bertanya pada anak mereka tentang syahadah.



Kenyataan yang dikeluarkan oleh pemilik Hot Burger Malaysia berkenaan telah mengundang reaksi netizen di media sosial khususnya. Kebanyakan dari mereka mengkritik kenyataan yang dilemparkan oleh Asri kepada anggota pelaksana undang-undang berkenaan, namun ada juga yang menyokong kenyataan berkenaan.


Bagaimanapun beliau telah tampil memohon maaf atas kenyataan yang diberikan terhadap pihak polis dan tentera dan mengakui kesalahan yang dilakukan.



OHMEDIA: MUNGKIN CARA TEGUR BELIAU KURANG BERHEMAH. AMBIL MANA YANG BAIK JELAH. LAGIPUN DIA DAH MINTA MAAF. BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH.

Kredit: Facebook Asrul Jamaluddin | Hot Burger Malaysia

+ Baca respon pembaca Asri Janggut beri kenyataan pedas terhadap pihak polis dan tentera di Facebook Oh! Media





Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment