Tuesday, August 18, 2020

Sweden Ikut Amerika Syarikat & India Haramkan Aplikasi TikTok


Selepas Amerika Syarikat, nampaknya Sweden juga mengikut langkah mereka apabila mengharamkan penggunaan aplikasi TikTok.

Perkara ini dilakukan oleh agensi penyiaran awam Sweden, Televisyen Sweden (SVT) dan Radio Sweden (SR) dengan melarang semua kakitangan mereka menggunakan aplikasi itu di dalam telefon milik syarikat.

Tindakan ini diambil selepas melihat aplikasi itu mengancam keselamatan dan berlaku pendedahan maklumat kepada pemilik aplikasi China, ByteDance.

Justeru, SVT memutuskan pekerja tidak dibenarkan menggunakan aplikasi TikTok di telefon kerja mereka. Kakitangan dimaklumkan mengenai keputusan itu melalui e-mel. Awal bulan ini, SR mengambil keputusan hampir sama kerana aplikasi itu 'tidak memenuhi keperluan keselamatan pada alat pekerjaan, seperti telefon milik syarikat. - Kata jurucakap SR Claes Bertilson.

Selain Amerika, kerajaan India turut telah mengumumkan arangan ke atas 59 aplikasi China, termasuk TikTok susulan sentimen anti-China, berikutan pertikaian mengenai sempadan Himalaya.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca yang suka main TikTok di Facebook Oh! Media.




Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment