Monday, August 31, 2020

Syarikat Perlombongan Permata Salah Guna Gambar Tan Sri Dr Noor Hisham


Tan Sri Dr Noor Hisham menjelaskan bahawa terdapat pihak telah menggunakan gambarnya sebagai ketua pegawai operasi sebuah syarikat perlombongan. Perkara ini dikongsi oleh beliau melalui satu hantaran di Facebook semalam.



Selain menggunakan gambar beliau, syarikat berkenaan turut menukar nama Tan Sri Noor Hisham kepada Aidan Razif. Beliau menegaskan bahawa maklumat berkenaan adalah palsu. Selain Tan Sri Noor Hisham, turut menjadi mangsa adalah Timbalan Pendaftar Kanan Hal Ehwal Pelajar USM.

Gambar Mohamad Abdullah digunakan sebagai ketua pegawai eksekutif syarikat berkenaan selain menukar nama kepada Mohamed Lew. Mohamad menyifatkan tindakan syarikat berkenaan sebagai mengarut melalui satu hantaran di Facebook.


OHMEDIA: MUNGKIN SKMM BOLEH BUAT SESUATU KEATAS WEBSITE NI. JELAS IN AKAN MENGGUGAT REPUTASI DAN KREDIBILITI SESEORANG.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca syarikat lombong permata salah guna gambar Tan Sri Dr Noor Hisham di Facebook Oh! Media




Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment