Thursday, August 6, 2020

Tiada Siapa Akan Ada Atas Undang-Undang! Hisham Sahkan Terima Kompaun KKM


Masih kecoh dekat media sosial sekarang ni selepas video yang menunjukkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein curi-curi hisap rokok elektronik di dalam Dewan Rakyat menarik tumpuan ramai.

Walaupun Hishammuddin sudah memohon permohonan maaf secara terbuka di Twitter rasminya, netizen nampaknya masih tidak berpuas hati dan mengharapkan agar beliau didenda.

Tapi sebentar tadi Hishammuddin telah berkongsi satu lagi posting permohonan maaf dan menyatakan dia sudah dikompaun pihak KKM atas kesalahannnya.



Jadi korang jangan risau, sebab Hishammuddin sendiri telah menegaskan yang tiada siapa boleh terlepas dengan undang-undang walaupun mempunyai jawatan tinggi.

Apa-apapun semoga perkara ini jadi pengajaran kepada semua Menteri untuk lebih menjaga kelakuan sewaktu berbahas di dalam Dewan Rakyat kerana rakyat memerhati dan menilai anda.

+ Baca respon pembaca yang lihat video di Facebook Oh! Media.




Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment