Friday, August 7, 2020

Tok Kadi Bangladesh Tawar Service Nikah Ekpress!


Dua orang lelaki bernama Farouk dan Ali telah menawarkan perkhidmatan menikahkan pasangan secara ekspress kepada rakan senegaranya dengan wanita tempatan tanpa melibatkan pihak penguatkuasa agama Islam tempatan. Dikatakan dengan modal RM1,000, mereka telah menawarkan perkhidmatan tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Perkhidmatan yang ditawarkan itu adalah untuk menghalalkan tindakan mereka untuk menetap lebih lama di negara ini disamping untuk memudahkan urusan perniagaan yang bakal dijalankan oleh mereka dengan menggunakan identiti wanita berkenaan sebagai ‘lesen’.

Sumber gambar dari Apa Kata Orang
Mereka menggunakan sebuah rumah di pangsapuri di Seksyen 25 di sini, sebagai tempat untuk menjalankan kegiatan mereka. Difahamkan, lokasi berkenaan menjadi tumpuan sindiket yang sama memandangkan kawasan berkenaan didiami oleh ramai warga asing, misalnya Myanmar, Bangladesh dan Nepal sejak dulu lagi.

OHMEDIA: PERGH, SENANG BETUL BUAT DUIT! KORANG YANG ADA INFO KEGIATAN INI BETTER LAPORKAN PADA PIHAK BERKUASA.

Kredit Harian Metro

+Baca respon pembaca tok kadi bangladesh tawar nikah ekspress di Facebook Oh! Media

Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment