Wednesday, August 26, 2020

(Video) 'Ko main kejar-kejar ke syaiton?!!' - Netizen selar 2 pemandu lori memandu secara berbahaya


Viral di media sosial video dua pemandu lori memandu secara berbahaya mengundang kemarahan netizen di media sosial. 

Sebanyak lima buah kenderaan hampir bertembung dengan lori tersebut yang memotong secara berbahaya tanpa menghirau keselamatan pengguna jalan raya lain, manakala dua lagi kenderaan yang berada di lorong sama terpaksa memberi laluan kepada pemandu lori gila itu. 

Video berdurasi 32 saat itu jelas sekali menunjukkan pemandu lori pertama bertindak memotong sebuah lori di hadapannya dan menyebabkan tiga kenderaan di jalan bertentangan menyalakan lampu tinggi sebagai tanda amaran kepada pemandu lori itu. 

Kali kedua, pemandu yang sama memotong sebuah lagi lori di hadapannya di garisan berkembar dan membahayakan seorang penunggang motosikal di jalan bertentangan. 

Dalam masa yang sama, kereta keempat di jalan bertentangan menyalakan lampu tinggi tetapi tidak diendahkan, malah pemandu lori kedua mengambil kesempatan memotong rapat di belakang lori pertama yang dipercayai rakannya menyebabkan dua kenderaan di lorong yang sama terpaksa memberi laluan dengan merapatkan kenderaan ke bahu jalan. 

Kedua-dua lori itu kemudian masuk ke simpang kiri sebelum video itu berakhir. 


Di media sosial, netizen menyelar dua pemandu lori terbabit yang jelas sekali memandu secara melulu dan membahayakan nyawa pengguna lain. 








Justeru, netizen menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap dua pemandu lori terbabit. 

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment