Sunday, August 2, 2020

Wajah ‘Quaker Oats’ Meninggal Dunia


Menurut laporan Harian Metro, seorang pelakon yang dikenali sebagai Wilford Brimley dan juga wajah kepada jenama gandum terkenal iaitu Quaker Oats telah meninggal dunia pada usia 85 tahun hari ini.

Berita sedih mengenai pelakon filem The Natural, Cocoon dan juga Absence of Malice itu dilaporkan oleh pengurusnya yang bernama Lynda Bensky bahawa mendiang meninggal di kediamannya kerana jatuh sakit beberapa hari yang lalu selepas dimasukkan ke dalam wad kecemasan di sebuah hospital.

Wilford Brimley adalah seorang insan yang sangat boleh dipercayai. Dia kotakan apa yang dia cakap. Dia memiliki luaran mengarut namun hatinya lembut. Saya sedih tidak dapat mendengar cerita menghiburkan daripada sahabat saya ini. Dia adalah satu dalam sejuta.

Untuk pengetahuan, Brimley disahkan menghidap penyakit diabetes pada era 1970-an dan pernah menjadi jurucakap bagi kesedaran mengenai penyakit tersebut. Oleh sebab itu, dia mendapat tawaran untuk menjadi wajah kepada jenama gandum terkenal Quaker Oats.

OHMEDIA: FIRST TIME OHMEDIA TENGOK WAJAH SEBENAR QUAKER OATS.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.
Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment