Sunday, September 20, 2020

18 Tahun Jadi Anak Tunggal, Remaja Lelaki Pasrah 'Title' Dirampas Dengan Adik!


Perkahwinan adalah institusi yang menemukan pasangan untuk berkongsi hidup bersama-sama walaupun berada dalam keadaan susah dan senang. Manakala cahaya mata pula adalah penyeri dalam kehidupan rumah tangga.

Terdapat segelintir pasangan lebih cenderung untuk merancang kehamilan dan ada juga menyerahkan segalanya pada Allah SWT untuk diberikan rezeki. Jadi, memang tidak hairan jikalau ada adik-beradik yang mempunyai usia jarak jauh antara satu sama lain.

Baru-baru ini, Ohmedia melihat satu video yang dimuatnaik oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Aiman Iqmal di laman Tiktok. Apa yang lebih menarik, remaja yang berusia 18 tahun itu meluahkan rasa pasrah apabila gelaran anak tunggal telah dirampas.

@ceoofbajusama 13/9/2020 , tamatlah kehidupan tunggal aku , selamat datang sayang Nur Mawaddah🥺❤
♬ original sound - aimn.iqml_

Mana taknya, kehadiran adik perempuan yang dilahirkan pada lapan hari lalu memberi perubahan dalam hidupnya. Walaubagaimanapun, dia tetap gembira apabila menyambut adiknya yang diberi nama sebagai Nur Mawaddah.

Rata-rata warganet mengucapkan tahniah dan ada juga segelintir netizen berkongsi pengalaman yang sama sepertinya. Wah! Bestnya dapat adik. Korang ada tak alami situasi macam remaja ni? Jangan lupa kongsi di ruangan komen Ohmedia.

OHMEDIA: BESTNYA DAPAT ADIK. MAKLUMLAH OHMEDIA NI ANAK BONGSU. HUHU.

Kredit: Tiktok | Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment