Friday, September 25, 2020

Aafiyah Kantoikan Tok Ti Dengan Cium Perut Ibunya Di Minit ke-47 Dalam Live


Seperti biasa, Datuk Siti Nurhaliza kerap melakukan sesi Live bersama pengikutnya di Instagram untuk berkongsi produk dan makanan kesihatan yang diusahakannya.

Tapi apa yang menarik perhatian ramai peminat adalah pada minit ke-47, anak kesayangan Tok Ti telah muncul dan secara spontan telah beberapa kali mencium perut ibunya.

Melihat reaksi Aafiyah, timbullah spekulasi di kalangan peminat yang adakah Tok Ti kini sedang hamil anak kedua?

Terus tengok di minit ke-47 untuk lihat aksi Aafiyah cium perut Tok Ti:


Bila diingat semula, sebelum ini Tok Ti memang pernah menyatakan yang dia ada merancang untuk hamil sekali lagi memandangkan anak sulungnya Aafiyah sudah berusia lebih dua tahun.

Apa-apapun kita doakan yang terbaik buat Tok Ti sekeluarga dan kalau spekulasi ini benar, memang patutlah Aafiyah nampak gembira sangat nak dapat adik. Hehe.

Kredit: Instagram ctdk

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.




Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment