Wednesday, September 30, 2020

'Aku dah menggigil, duit aku lesap!' - Akaun bank surirumah diceroboh scammer hanya melalui WhatsApp call

Kes scammer merembat wang mangsa dari akaun bank tanpa sebarang pengesahan kembali bermaharajalela. Dalam kes baru-baru ini, seorang surirumah nyaris kehilangan wang RM1,000 dari akaun banknya selepas menjawab panggilan dari individu yang tidak dikenali. 


SILA AMBIL PERHATIAN!


Berhati-hati, ramai yang sudah kena dan akhirnya hari ini aku pula yang terkena. Tengah hari Ahad lalu, si scammer setan ini call masa aku dengan laki tengah makan nasi. Jadi, aku suruh laki yang jawab. Dia sebut nama pejadah entah, pastu laki aku kata dia salah nombor. Dia dok cakap pasal beli barang dari Lazada.


Disebab selalu baca kes-kes scammer ini, laki aku cakap 'Penipu' dan terus letak. Dia cuba pula buat video call, tapi aku tak jawab. So kitorang abaikan terus dan macam tiada apa-apa yang berlaku. 


Malam hari kejadian, aku nak keluar sebab nak pergi beli pampers anak yang dah habis. Aku nak transfer duit, buka Maybank2u dan tengok dah kena locked. Masa ini aku dah cuak dan ajak laki pergi bank terus. 


Sampai di bank, aku masukkan kad di dua mesin ATM dan kad kena tendang. Aku dah menggigil, duit aku dah lesap. 


Pergi ke balai polis, diorang minta aku call customer servis dulu. So memang betul duit aku dah kena kebas. Yeah! Lesap duit aku RM1,000 yang laki aku baru je transfer sebab dapat bonus. Hadiah katanya. 


Nasib baik duit yang lain aku dah asing-asing letak ke akaun Tabung Haji. Kalau tak, lagi aku pitam depan polis tu. Tak sempat aku nak belanja duit tu dah hilang. Geram betul!


Tapi nasib baik sebab pegawai bank itu kata scammer belum dapat lagi duit tu. Masalahnya sekarang, scammer itu dah tahu segala username aku di Maybank2u. Esok kena pergi Maybank untuk tukar segalanya termasuk kad ATM. 


Doakan ada rezeki aku dengan anak-anak untuk dapatkan semula duit itu. RM100 pun separuh mati, lagi pula RM1,000. Terlalu besar nilai itu untuk surirumah macam aku ni. 


Buat pengetahuan semua, dia bukan hantar mesej melalui aplikasi WhatsApp ye, tetapi scammer itu call terus. Masa dia call itu, mungkin dia sedang mencuba membuka akaun aku dan call untuk minta nombor TAC. Tapi tak dapat. Nasib baik bank sempat sekat semua transaksi. Apa-apa pun kena tunggu esok, nak pergi bank. Haih, rasa lama pula malam ini. 


UPDATE


Alhamdulillah aku dah dapat balik duit itu. Awal-awal pagi tadi pergi bank dan settlekan semua. Pegawai itu kata, memang scammer itu pakar sebab dengan call menggunakan WhatsApp je dia dah boleh buka akaun Maybank2u aku dan berusaha mengeluarkan semua duit yang ada. 


Tetapi mujur pihak bank dapat detect individu yang cuba mengeluarkan duit ini bukan aku tetapi scammer. Pegawai itu kata sebab aku guna password yang agak sukar untuk diketahui oleh scammer. Jadi, pihak bank segera menyekat semua akaun Maybank2u dan kad ATM aku. 


Berdasarkan pengalaman semua dalam ni kata jangan jawab panggilan dari nombor yang tidak dikenali. So memang trauma sangat sekarang ni sampai keluarga sendiri call pun tak berani nak angkat. 


Tadi kena tukar kad dna buat akaun Maybank2u yang baru. Guna username dan password susah-susah sikit. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Terima kasih di atas semua nasihat. 


Sumber: Ohh Sue


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment