Sunday, September 27, 2020

Anak Pelakon Didakwa Di Mahkamah Hari Ini


Menurut laporan Harian Metro, anak kepada pelakon wanita veteran dikatakan akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada hari ini disebabkan penjualan produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sebelum ini, adik perempuan kepada wanita yang berusia 46 tahun yang juga pengusaha produk jamu terkenal itu pernah mencetuskan kontroversi dalam beberapa video untuk mempromosikan produknya dengan cara menggunakan elemen lucah di media sosial.

Anak perempuan kepada aktres veteran itu bakal didakwa kerana menjual produk merawat pelbagai masalah dalaman wanita tanpa memperoleh kelulusan KKM terlebih dahulu. Produk diedarkan di pasaran itu didakwa dihasilkan menggunakan pelbagai jenis herba selain dikatakan mampu memulihkan hubungan rumah tangga.

Pada Januari yang lalu, sepasukan pegawai KKM telah melakukan siasatan terhadap anak pelakon terbabit di premis kecantikan miliknya yang terletak di Subang Jaya, Selangor.

Pegawai KKM kemudian menemui seorang wanita yang mendakwa sebagai pemilik perniagaan di premis itu. Hasil pemeriksaan dilakukan kemudian menemui satu jenama produk disyaki bukan keluaran berdaftar dengan KKM, sekali gus menyalahi Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Susulan itu petugas KKM bertindak merampas produk berkenaan untuk tujuan siasatan.

Untuk pengetahuan, individu yang memiliki keluaran tidak berdaftar adalah sudah melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang merupakan satu kesalahan mengikut Peraturan 30(1) Peraturan yang sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952.

OHMEDIA: OHMEDIA DAH BOLEH AGAK SIAPA DAH. KORANG TAHU KE?

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.






Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment