Monday, September 28, 2020

Cabul anak kandung sehingga hamil, lelaki dibelasah oleh 47 tahanan dalam lokap sampai mati

Seorang lelaki berusia 43 tahun yang ditahan polis kerana disyaki mencabul anaknya sehingga hamil, mati dibelasah tahanan lain di lokap Balai Polis Serdang Begadai, Sumatera Utara, Indonesia. 


Badan mangsa dipenuhi dengan luka dan lebam kerana dibelasah beramai-ramai dan meninggal dunia di hospital ketika menerima rawatan pada Sabtu (26/9/2020). 


Ketua Polis Daerah Serdang Begadai, Robin Simatupang berkata, suspek terdahulu ditangkap selepas isterinya membuat laporan yang mendakwa suaminya telah mencabul anak kandungnya berusia 14 tahun sehingga hamil.


Polis percaya, kes itu diketahui oleh tahanan yang lain membuatkan mereka berasa geram lalu membelasah suspek di dalam lokap. 


"Awal pagi Sabtu, berlaku pergaduhan di dalam lokap dan salah seorang tahan memaklumkan suspek berada dalam keadaan sesak nafas dan mengeletar.


"Suspek kemudian dikejarkan ke Hospital Sultan untuk mendapatkan rawatan," katanya. 


Namun, suspek meninggal dunia pada jam 6.10 petang. 


Mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Bhayangkara Medan untuk melakukan bedah siasat. 


Polis mengambil keterangan seramai 47 tahanan yang berada di lokap itu. Hasilnya, mereka mengakui tidak suka dan bencikan suspek di atas perbuatannya yang memperkosa anak kandung sendiri. 


"Ditambah pula dengan jumlah tahanan yang melebihi kapasiti lokap, sempit, padat dan menyebabkan tahanan kurang istirehat, kurang selesa dan emosi mudah terganggu. 


25 September 2020 sebelum itu, suspek juga pernah dibelasah penduduk sebelum diserahkan kepada polis. 


Polis kini masih menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan. 


Sumber: Tribun News


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment