Friday, September 4, 2020

Guru hamil maut akibat Covid-19 selepas rakan buat 'suprise baby shower'


Seorang guru hamil di Brazil meninggal dunia pada awal September 2020 setelah dijangkiti Covid-19 yang diperolehnya semasa menghadiri 'surpise baby shower' (majlis sambut kelahiran bayi) yang dianjurkan rakan sekerja. 

Kandungan Camila Graciano, 31, pada ketika itu sudah genap lapan bulan dan hanya menunggu masa untuk bersalin. Menyedari ibu hamil berisiko tinggi mendapat jangkitan virus berbahaya,  Camila banyak menghabiskan masa di rumah untuk mengelakkan dirinya sakit. 

Menurut abangnya, Daniel Helio Ambrosio berkata, jemputan yang hadir ke majlis itu adalah sihat dan tetamu tidak menunjukkan sebarang tanda mereka mengalami gejala penyakit berbahaya itu. 

Namun beberapa hari kemudian, ada individu yang hadir ke majlis itu jatuh sakit dan hal itu dimaklumkan kepada mereka yang hadir ke majlis tersebut. 

Malangnya, Camila juga telah dijangkiti dan keluarganya berusaha mencari hospital yang boleh merawat Camila sebelum ditempatkan di wad bersalin Covid-19.

Camila selamat melahirkan anaknya di Hospital Santa Casa secara pembedahan ceasar. Meskipun bayi yang dilahirkan itu bayi pramatang, tetapi keadaannya dilaporkan sihat. 

Berdasarkan kenyataan pihak hospital, Camila mempunyai sejarah penyakit hipertensi, diabetis dan obesiti. Perkara itu tidak membuatkan keluarganya berputus asa dan berusaha membantu Camila. 

"Selepas bersalin, adik saya menunjukkan tanda-tanda untuk pulih semula. Doktor tu kata, 'Dengar dan percayalah sebab paru-paru dia menunjukkan tanda pemulihan, detak jantungnya meningkat dan tekanan darahnya juga bertambah baik. 

22 Ogos, Camila dilaporkan meninggal dunia berikutan keadaan dirinya yang semakin teruk.

Sumber: Fox 8


Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber : thereporter.my

No comments:

Post a Comment