Monday, September 21, 2020

Honor Pula Akan Bawa Masuk Telefon Pintar Mampu Milik Bawah RM400



Siapa sangka masih ada banyak lagi model telefon pintar yang boleh korang pilih. Kalini, giliran Honor pula yang akan memperkenalkan telefon pintar baru mereka iaitu Honor 9S dengan harga bawah RM400 gais.



Untuk Honor 9S ini didatangkan dengan skrin sebesar 5.45 inci yang dengan 720x1440 pixel. Cip pemprosesan yang dikuasakan pada telefon pintar terbaru mampu milik Honor ni ialah MediatekHelio P22 dengan memori 2GB RAM dan storage sebesar 32GB.

Bateri Honor 9S ni berkapasiti 3,020mAh menggunakan micro USB. Untuk kamera utama, ia dilengkapi dengan 8 megapixel dan untuk kamera depan pula hadir dengan 5 megapixel. Kalau korang berminat dengan spesifikasi yang ditawarkan pada Honor 9S ni sebab ia akan dijual di Malaysia pada harga RM359 bermula 28 September ini. 

Kredit: TechNave

+ Baca respon pembaca telefon pintar mampu milik terbaru dari Honor di Facebook Oh! Media.

Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment