Sunday, September 20, 2020

Hujan Lebat, Ribut Petir Serang Malaysia Malam Ini


Jika dapat dilihat, sejak petang tadi kebanyakan negeri di Malaysia mengalami hujan lebat sehingga waktu malam dan Jabatan Meteorologi Malaysia ada keluarkan amaran ribut petir yang akan menyerang beberapa negeri seluruh Malaysia.

Amaran ini termasuk angin kencang, hujan lebat yang akan berterusan sehingga 9 malam ini.

Antara negeri yang terlibat adalah, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Pulau Pinang, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Sarawak.

Beberapa kawasan yang dijangka turut mengalami cuaca serupa di Kedah adalah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu selain Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar di Perak, kata kenyataan itu.

Di Johor, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk adalah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing.

Jadi Ohmedia harapkan korang semua berhati-hati sekiranya berada di luar rumah terutama mereka yang menunggang motosikal.

Apa pandangan anda tentang perkara ini? sila komen di bawah ye! Terima Kasih!!!!
Sumber: Oh! Media

No comments:

Post a Comment